Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Kadar pengangguran di Sabah menurun
Published on: Wednesday, November 30, 2022
By: Bernama
Text Size:

Kadar pengangguran di Sabah menurun
“Keseluruhan seramai 15,554 orang belia telah mendapat pekerjaan sepanjang 2022, melalui pelbagai inisiatif KSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah),” katanya menggulung perbahasan Belanjawan Sabah 2023.
Kota Kinabalu: Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar pengangguran di Sabah menurun kepada 8.2 peratus atau 174,200 orang dalam suku ketiga tahun ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata angka itu, dilihat menurun berbanding 8.6 peratus atau 177,000 orang dalam suku kedua tahun ini, dan 9.1 peratus atau 188,300 orang pada suku pertama tahun sama.

“Statistik itu menunjukkan keberkesanan program berimpak tinggi seperti Pitchborneo, karnival pekerjaan, latihan teknikal dan vokasional, keusahawanan, dan pelbagai latihan kemahiran dan peningkatan kompetensi belia serta siswazah, membolehkan mereka lebih berdaya saing di pasaran pekerjaan.

“Keseluruhan seramai 15,554 orang belia telah mendapat pekerjaan sepanjang 2022, melalui pelbagai inisiatif KSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah),” katanya menggulung perbahasan Belanjawan Sabah 2023.

Sementara itu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Arif, mengumumkan penubuhan Majlis Halal Sabah melalui Mesyuarat Kabinet negeri 23 November lepas, dengan majlis itu antara lain memutuskan tentang isu halal, dan menyelaras tindakan berkenaan produk, bahan atau makanan halal, melibatkan bidang kuasa agensi terlibat.

Beliau berkata majlis itu juga boleh mencadang apa-apa langkah baharu bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan halal di negeri itu, yang tertakluk kepada dasar semasa kerajaan dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.

Persidangan bersambung hari ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here