Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Anak negeri: Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah terus perkasa perkhidmatan
Published on: Saturday, May 03, 2025
Published on: Sat, May 03, 2025
Text Size:
Text:
Anak negeri: Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah terus perkasa perkhidmatan
Joachim turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen dan semangat kerja luar biasa warga jabatan berkenaan dalam memastikan kesinambungan peranan JHEANS demi kesejahteraan rakyat Sabah.
KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) melaksanakan pelbagai transformasi tadbir urus dan penambahbaikan perkhidmatan ke arah lebih efisien, responsif dan mesra rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, kejayaan itu termasuk penggunaan teknologi ICT, penyusunan semula sistem pentadbiran adat di Mahkamah Anak Negeri serta peningkatan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan.

Advertisement
“Saya menyambut baik usaha-usaha pembaharuan ini yang jelas membuktikan JHEANS berada di landasan yang betul dalam memperkasa institusi adat di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JHEANS 2024 di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, malam Rabu lepas (30 April).

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen dan semangat kerja luar biasa warga jabatan berkenaan dalam memastikan kesinambungan peranan JHEANS demi kesejahteraan rakyat Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Joachim berkata, penjawat awam bukan sekadar pelaksana dasar, tetapi menjadi penghubung penting antara kerajaan dan rakyat, justeru kualiti perkhidmatan awam perlu sentiasa diperkasakan.

Menurutnya, anugerah yang diberikan hari ini bukan sahaja menghargai kecemerlangan individu, malah menjadi sumber inspirasi kepada rakan sekerja lain untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah dan integriti.

Advertisement
“Saya berharap semua warga JHEANS dapat menjiwai semangat ‘Berbakti dengan ikhlas, bekerja dengan amanah’ dalam menyumbang kepada agenda Kerajaan Negeri,” katanya.

Dr Joachim juga menzahirkan keyakinannya bahawa JHEANS mampu memperkasakan penguatkuasaan Undang-Undang Adat di Sabah serta menjadi tonggak kepada kelestarian warisan adat negeri ini.

Advertisement
Katanya, jabatan itu perlu terus menyuburkan budaya kerja positif serta memimpin berteraskan enam tonggak Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dalam majlis itu, beliau turut mengumumkan bantuan khas kewangan RM1,000 kepada 3,983 Ketua-Ketua Adat di seluruh negeri yang akan disalurkan sebelum sambutan Pesta Kaamatan tahun ini.

“Bantuan ini adalah tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Ketua-Ketua Adat dalam memelihara keharmonian masyarakat dan memperkukuh Mahkamah Anak Negeri di bawah naungan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah, dan berharap kecemerlangan yang diraikan menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang pada masa hadapan.

Dr Joachim turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tadau Kaamatan kepada semua yang hadir.

Turut hadir Pembantu Menteri KKTP, Datuk Isnin Aliasnih; Timbalan Setiausaha Tetap II, Faridah Giau; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Nordin Lossin; Pegawai Daerah Kunak, Majaran Osman yang juga bekas Pengarah JHEANS dan Timbalan Pengarah (Pentadbiran) Noraisah Saiman. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here