Sun, 15 Jun 2025
Headlines:
Lelaki rogol remaja hingga hamil dipenjara 20 tahun, disebat
Published on: Friday, July 10, 2020
Published on: Fri, Jul 10, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki rogol remaja hingga hamil dipenjara 20 tahun, disebat
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina tanpa dokumen berumur 21 tahun yang merogol seorang remaja tempatan sehingga hamil dan melahirkan bayi perempuan, dipenjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Marham Abdul Hamid yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya.

Advertisement
Marham telah merogol remaja berusia 15 tahun itu pada pertengahan Julai 2018 di sebuah rumah di Kota Belud.

Kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Semasa rayuan, Marham yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas sebab Marham telah merogol remaja itu yang kemudiannya melahirkan bayi akibat kejadian rogol tersebut.

Advertisement
Mas Izzaty berkata, semasa kejadian itu, mangsa baru berumur 15 tahun dan Marham telah memaksa remaja itu meminum alkohol sebelum merogolnya.

Mahkamah memerintah Marham menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman itu.

Advertisement
Fakta kes menyatakan bahawa pada Oktober 2018, ibu mangsa telah membawa mangsa ke sebuah klinik swasta di Kota Belud apabila ibunya menyedari perubahan tubuh mangsa.

Doktor kemudian memberitahu si ibu bahawa mangsa hamil empat bulan pada waktu itu dan doktor menasihatkan ibu mangsa membuat laporan polis.

Mangsa kemudian mendedahkan bahawa dia berkenalan dengan seorang lelaki dikenal pasti sebagai Marham melalui WhatsApp dan apabila semakin rapat, mereka berjumpa buat kali pertama pada Julai 2018.

Semasa pertemuan pertama mereka, Marham memaksa mangsa meminum alkohol sehingga tidak sedarkan diri.

Apabila mangsa terjaga, dia mendapati bahawa dia hanya memakai blaus dan mengesyaki Marham telah merogolnya.

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa mangsa hamil akibat rogol itu dan melahirkan bayi.

Laporan DNA mengesahkan bahawa Marham merupakan bapa kandung bayi itu.

Marham juga tidak mempunyai dokumen dan telah pun didakwa di mahkamah sebelum itu.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here