Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita hamil dituduh menipu
Published on: Saturday, October 17, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Wanita hamil dituduh menipu
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 20 tahun yang bekerja sendiri didakwa di Mahkamah Majistret di sini dengan kesalahan menipu seorang lelaki berhubung penjualan sebuah telefon pintar berharga RM450.

Nurul Hatikah Kurus mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles terhadap pertuduhan menipu Noel Misol Philip dengan memperdaya lelaki itu untuk membeli sebuah telefon pintar sehingga mendorong Noel memindahkan RM450 ke dalam akaun bank tertuduh.

Nurul didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.22 petang, 4 Ogos tahun  ini di sebuah rumah di Kg Koidupan di Penampang.

Inspektor Kelvan Elson Maik, mendakwa, memohon satu tarikh pengurusan kes dan mencadangkan ikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin.

Peguam Yusri Pungut, mewakili Nurul, memohon jumlah ikat jamin lebih rendah dengan alasan bahawa tertuduh hamil lima bulan dan mempunyai alamat tetap di sini.

Yusri juga memberitahu mahkamah bahawa dia akan menasihati Nurul untuk membuat laporan polis selepas tertuduh mendakwa telah dipukul oleh polis ketika berada dalam tahanan reman.

Mahkamah menetapkan 14 Disember untuk pengurusan kes dan membebaskan tertuduh dengan jaminan RM2,000 tidak didepositkan dengan dua penjamin.

Nurul didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu tahun dan 10 tahun dan sebatan (jika pesalah adalah lelaki) dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, dua lelaki didakwa melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan dadah.

Bon Zulamin, yang dibawa ke hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun, dituduh memiliki syabu seberat 12.20gm pada jam 12.05 tengah hari, 10 Oktober di pekan Inanam.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dibaca bersama Seksyen 31A(1) Akta sama.

Pendakwaan ketika memohon tarikh sebutan membantah ikat jamin dengan alasan Bon tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Mahkamah menetapkan 14 Disember untuk sebutan sementara menunggu laporan ahli kimia dan memerintahkan Bon direman lanjut.

Lelaki yang seorang lagi didakwa menagih dadah yang mana pertuduhan terhadapnya dibuat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau sehingga dua tahun penjara jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh kerana masih menunggu laporan ahli kimia.

Pendakwaan juga membantah ikat jamin bagi tertuduh kerana menurut pegawai penyiasat, tertuduh tidak lama lagi akan didakwa bagi kesalahan menanam kanabis.

Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence, mewakili tertuduh, memohon satu ikat jamin dan memberitahu mahkamah bahawa tertuduh mengaku mempunyai satu rekod sabitan, juga bagi kesalahan menagih dadah.

Mahkamah menetapkan 14 Disember untuk sebutan dan memerintahkan tertuduh terus ditahan reman.

Inspektor Albert Basiri mendakwa.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here