PKPD di Saguking Laut, Sebor Laut di Labuan
Published on: Wednesday, October 21, 2020
By: Bernama
Anggota Polis Marin dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat persiapan memasang kawat duri berikutan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru di Labuan bermula hari ini. – fotoBERNAMA
Kuala Lumpur: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru di Labuan bermula hari ini (21 Oktober) hingga 3 November ini.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD itu dilaksana bagi mengawal pergerakan keluar masuk di dua kampung berkenaan.ADVERTISEMENT
“Ia akan melibatkan 8,062 penduduk dan ini bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat saringan Covid-19.
“Penduduk juga diarahkan supaya menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan memakai gelang pengawasan,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini pada Selasa.
Ismail Sabri berkata pergerakan keluar masuk juga tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan penduduk dalam kawasan tersebut turut tidak dibenarkan bekerja.
Aktiviti sosial dan riadah dalam kawasan tersebut juga dilarang dan aktiviti ‘barter trade’ atau perdagangan pertukaran barang juga tidak dibenarkan, katanya.ADVERTISEMENT
Bagaimanapun, beliau berkata sedikit kelonggaran diberikan kepada aktiviti perniagaan untuk menjana ekonomi seperti kedai runcit dan premis makanan yang dibenarkan beroperasi sehingga 6 petang melalui kaedah bawa pulang sahaja.
“Kebajikan penduduk akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
ADVERTISEMENT
Labuan dikenakan PKPB mulai 17 hingga 31 Oktober.
Setakat Isnin, Labuan mencatat 154 kes dengan dua kluster iaitu Kluster Bah Layangan dan Kluster Bangat.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata sehingga kini tiada sebarang keputusan untuk melanjutkan atau tidak PKPB kerana ia terpulang kepada keadaan semasa jangkitan virus tersebut.
Namun, beliau berkata ‘kuasa’ untuk menukar semula status sesuatu kawasan daripada PKPB kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berada di tangan rakyat.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Setakat ini, PKPB dilaksana di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Di seluruh Sabah, PKPB berkuat kuasa dari 13 hingga 26 Oktober, manakala di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 14 hingga 27 Oktober.