Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Dua dituduh edar 75.7g syabu
Published on: Tuesday, January 26, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Dua dituduh edar 75.7g syabu
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang warga asing dan seorang penduduk tempatan didakwa mengedar 75.7 gram syabu.

Rakyat asing, Munap Maulana, dan Murphy Roger, dibawa ke hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, untuk menghadapi pertuduhan terhadap mereka pada Isnin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada mereka sementara menunggu laporan ahli kimia mengenai dadah itu dan pengakuan mereka akan direkodkan di Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua lelaki itu dituduh mengedar dadah itu pada jam 10.30 pagi, 14 Januari tahun ini di hadapan sebuah pondok di Kg Lok Buno, Sepanggar, dekat sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 Mac tahun ini untuk sebutan dan ikat jamin tidak ditawarkan kepada mereka sementara menunggu tarikh itu.

Sementara itu, Murphy juga berdepan satu lagi dakwaan memiliki 0.2 gram dadah sama pada hari dan tempat sama.

Pengakuan Murphy juga tidak direkodkan kerana masih menunggu laporan ahli kimia mengenai dadah itu dan tarikh sama telah ditetapkan untuk sebutan kes itu.

Dalam kes lain, Murphy dipenjara tujuh bulan kerana menagih syabu.

Dia mengaku bersalah menagih dadah itu selepas air kencingnya diuji positif  bagi dadah itu di pondok polis di Indah Permai, Manggatal.

Mahkamah memerintahkan Murphy menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap dan diletakkan di bawah pengawasan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here