Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Bekas guru dipenjara 15 tahun, dua sebatan
Published on: Friday, February 26, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Bekas guru dipenjara 15 tahun, dua sebatan
Reuters pic
Kota Kinabalu: Seorang bekas guru berumur 43 tahun, yang melakukan serangan seksual fizikal ke atas seorang remaja  lelaki empat tahun lalu, dipenjara berjumlah 15 tahun dan diperintah dikenakan dua sebatan rotan di Mahkamah Sesyen, di sini.

Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas lelaki tersebut pada Khamis yang ditetapkan untuk fakta kes dan penghakiman.

Lelaki itu, pada 10 Februari, tahun ini mengaku bersalah melakukan kesalahan itu dengan melakukan seks oral ke atas remaja lelaki itu (kini 16) pada jam 6.30 petang, 28 Mei, 2017, di kuarters sebuah sekolah di Sipitang. Dia didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta sama kerana dia mempunyai hubungan kepercayaan dengan remaja itu.

Bekas guru itu dipenjara 14 tahun bagi kesalahan melakukan serangan seksual fizikal dan dijatuhkan dua tahun lagi dengan dua sebatan bagi kesalahan di bawah Seksyen 16(1).

Azreena memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan berturutan dari tarikh dia ditangkap pada 9 Februari, tahun ini dan memerintahkan lelaki itu diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukumannya.

Terdahulu, ketika menyampaikan fakta kes itu, Timbalan Pendakwaraya Awam Siti Amirah Muhammad  Ali, memberitahu mahkamah bahawa lelaki itu  dan mangsa bermain permainan video di bilik tidur (bekas guru itu) di unit kuarters sebelum lelaki itu melakukan kesalahan itu ke atas mangsa.

Mangsa diiringi ibu bapanya kemudian membuat laporan polis terhadap lelaki itu berhubung insiden tersebut, menurut DPP Siti Aminah.

Siasatan mendedahkan bahawa lelaki itu, ketika itu, adalah seorang guru di sebuah sekolah rendah di daerah itu dan mangsa mengenalinya sebagai seorang guru yang mengajarnya bermain bola sepak, mahkamah diberitahu.

Lelaki itu, yang tidak diwakili, memohon hukuman ringan dengan mengatakan bahawa dia menyesali dan menginsafi perbuatannya sambil menambah, dia ingin menjaga ibunya.

DPP Siti Amirah memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan alasan bekas guru itu telah melakukan satu kesalahan serius dan hubungan mereka ketika itu adalah seorang guru dan pelajar.

Mahkamah juga beritahu bahawa lelaki itu telah dipecat dari perkhidmatan pada 29 April, 2019.

Sebagai seorang guru ketika itu, lelaki tersebut telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh semua ibu bapa untuk membimbing anak mereka dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar tetapi dia telah mengkhianati kepercayaan itu dengan melakukan kesalahan tersebut, kata pendakwaan.

Seksyen 14(a) Akta itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan, sementara Seksyen 16(1) Akta sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan dengan rotan, jika sabit kesalahan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here