Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Penghantar barang didakwa rogol remaja hingga hamil
Published on: Wednesday, March 03, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Penghantar barang didakwa rogol remaja hingga hamil
Gambar: Reuters.
Kota Kinabalu: Seorang penghantar barang berumur 21 tahun bagi sebuah syarikat kurier didakwa merogol seorang remaja.

Mohammad Afiz Furqan dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abdul Samad, untuk menghadapi tuduhan terhadapnya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Mohammad sementara menunggu laporan DNA dan kimia berkaitan kes itu.

Mohammad dituduh merogol remaja berumur 15 tahun itu antara pukul 7 malam dan 9 malam pada Jun 2020 di sebuah taman permainan di Kalansanan, Inanam, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 5 April untuk sebutan kes dan melepaskan Mohammad dengan ikat jamin RM10,000 dan dua penjamin tempatan.

Mahkamah juga mengenakan syarat tambahan, antaranya, Mohammad diperintah melapor diri kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Vikineswaran Nair Pavithran sekali minggu dan diberi amaran supaya tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.

Sekiranya mahkamah menerima laporan rasmi daripada pihak pendakwaan, ikat jamin Mohammad akan dibatalkan serta-merta.

Peguam Ari Nadzrah yang mewakili Mohammad berkata remaja tersebut dipercayai telah hamil dan melahirkan seorang bayi perempuan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Shafiqah Suleiman hadir untuk pendakwaan.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here