Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Kenduri masa PKP: Bapa pengantin diheret ke mahkamah di Pahang; ahli keluarga, jemputan positif Covid-19
Published on: Wednesday, March 03, 2021
By: Bernama
Text Size:

Kenduri masa PKP: Bapa pengantin diheret ke mahkamah di Pahang; ahli keluarga, jemputan positif Covid-19
Abu Bakar Osman, 59, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di taman perumahan di Mentakab antara 1 tengah hari hingga 2 petang pada 13 Feb lalu. (Gambar Bernama)
TEMERLOH: Seorang pesara yang mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga ada jemputan yang hadir disahkan positif Covid-19 kemudian, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini.

Abu Bakar Osman, 59, mengaku bersalah atas pertuduhan menganjurkan majlis makan (perkahwinan anaknya) yang diketahuinya majlis itu berkemungkinan menyebabkan jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di taman perumahan di Mentakab antara 1 tengah hari hingga 2 petang pada 13 Feb lalu mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Ti Pei Si membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh untuk menjatuhkan hukuman pada 23 Mac ini.

Terdahulu timbalan pendakwa raya Rifah Izzati Abdul Mutalif menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun peguam Tan Yu Tang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan.

“Pendapatan tertuduh hanya pencen bulanan berjumlah RM1,500 yang digunakan untuk menyara seorang isteri dan seorang anak yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi,” kata peguam itu.

Difahamkan, tertuduh menganjurkan majlis itu tanpa kebenaran pihak berkuasa dengan menjemput jiran dan ahli keluarga sebelum seorang daripada jemputan disahkan positif Covid-19 beberapa hari selepas menghadiri kenduri tersebut.

Saringan pemeriksaan yang dilakukan terhadap ahli keluarga lain yang menghadiri majlis itu juga mendapati enam turut positif jangkitan tersebut.

Polis hanya meluluskan permohonan mengadakan majlis akad nikah di pejabat agama dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan tanpa kenduri memandangkan Pahang diletakkan bawah PKP mulai 22 Jan hingga 18 Feb lalu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here