HEADLINES :




Lelaki didakwa cabul wanita di restoran
Published on: Friday, April 09, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:


Foto Pixabay.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 28 tahun didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencabul seorang wanita, bulan lalu.

Samrin Nesli mengaku tidak bersalah melakukan jenayah itu ke atas seorang wanita berumur 22 tahun dengan menyentuh payudaranya pada jam 2.20 petang pada 25 Mac di sebuah restoran dekat Putatan Maybank.

Kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin memandangkan Samrin tidak memiliki dokumen pengenalan sah.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan 10 Mei untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan mengarahkan Samrin direman lanjut.

Sementara itu, dua lelaki dikenakan hukuman kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Saizul Rahman dipenjara tujuh bulan selepas dia mengaku memiliki syabu pada 4 Ogos, tahun lalu di sini seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seorang lagi, Nasrudin Alimudin dipenjara lapan bulan selepas dia mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun kerana mengambil syabu dan amphetamine di sini, pada Februari.

Nasrudin melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan. Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit dan Albert Basiri melakukan pendakwaan. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular