Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Bapa didakwa rogol anak,15, dibicara 29 April
Published on: Friday, April 09, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Bapa didakwa rogol anak,15, dibicara 29 April
Foto Pixabay.
Kota Kinabalu: Mahkamah menetapkan 29 April untuk perbicaraan seorang lelaki rakyat Filipina berumur 49 tahun yang didakwa merogol anak perempuannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh itu untuk lelaki terbabit yang kesnya dihadapkan untuk sebutan menerusi Zoom.

Lelaki itu didakwa merogol perempuan berumur 15 tahun itu antara tengah malam hingga 1 pagi sekitar Mei 2019 di sebuah rumah di Pulau Gaya, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, dan sebatan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah berasingan, empat lelaki dan seorang wanita dipenjara kerana memasukan negeri ini secara haram.

Mereka adalah Roberto Rosalis Padetta, Mohd Hassan Basir, Abnar Gani, Zamri Mustafa dan Sulma Tahassam.

Abnar dipenjara tujuh bulan manakala yang lain dipenjara empat bulan setiap seorang selepas mereka mengaku secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, terhadap pertuduhan yang dibuat ke atas mereka. Warga asing terbabit ditahan di kawasan bandaraya antara 10 September, 2020 dan 21 Mac tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen mereka kepada polis. Selepas menjalani hukuman penjara mereka, semua warga asing itu diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen.  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here