Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita bebas tuduhan pecah amanah
Published on: Saturday, April 10, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Wanita bebas tuduhan pecah amanah
Foto Pixabay.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 38 tahun dibebaskan daripada tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan sejumlah RM14,663.10.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim membebaskan dan melepaskan Sham Sze Yeun tanpa dipanggil membela diri.

Mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Sham. Sham dituduh melanggar amanah yang diberikan kepadanya sebagai penolong pengurus Syarikat Vinz Sdn Bhd yang mana dia diamanahkan dengan jualan tunai harian miliki syarikat terbabit tetapi dia menggunakan wang itu untuk dirinya sendiri.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 10 Ogos hingga 6 September, 2018 di premis syarikat berkenaan di KK Times Square, di sini.

Perbuatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 14 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan ikat jamin yang ditawarkan kepada Sham dibayar semula kepadanya.

Pendakwaan memanggil enam saksi dalam perbicaraan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Affendy mengendalikan pendakwaan manakala peguam Mohd Syazwan Shah Mohd Ali mewakili Sham.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here