HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Dua dituduh milik pistol, peluru tanpa lesen
Published on: Tuesday, May 04, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:


Foto Pixabay.
Kota Kinabalu: Dua lelaki yang didakwa memiliki sepucuk pistol dan 13 butir peluru tanpa lesen sah, akan dibicarakan pada 14 – 16 Jun tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menetapkan tarikh itu bagi Siew Gong Shun, 49, dan Ngu Chee Hui, 37, selepas surat representasi mereka ditolak.

Mahkamah juga menetapkan 2 Jun tahun ini untuk sebutan kes kerana laporan DNA belum sedia.

Bagi tuduhan pertama, Siew dan Ngu dituduh memiliki sepucuk pistol revolver Magnum .357 pada pukul 6 pagi 13 Ogos 2020 di dalam papan pemuka sebuah kereta di Tebing Sungai Lubok, di Weston, Beaufort.

Kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 itu dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dua lelaki itu dituduh memiliki peluru tersebut tanpa permit di tempat dan masa yang sama.

Sementara menunggu tarikh itu, Siew dan Ngu diperintah reman lanjut.

Sementara itu, Siew menghadapi satu lagi tuduhan iaitu membawa pisau di tempat awam.

Dia meminta dibicarakan bagi tuduhan itu yang didakwa berlaku di tempat dan masa yang sama.

Kira-kira tujuh saksi dijangka akan dipanggil dalam perbicaraan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali hadir untuk pendakwaan sementara peguam Goldam Hamid dan Bartolomew Jinggulam mewakili dua tertuduh.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular