HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Edar syabu: Juruteknik pendingin hawa dibicara Sept
Published on: Tuesday, May 04, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:


FotoBERNAMA.
Kota Kinabalu: Seorang warga Sarawak berumur 27 tahun, yang didakwa mengedar 2,129.1 gram syabu akan dibicarakan pada September dan Oktober tahun ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Amelati Parnell menetapkan 13 – 15, 17 September dan 11-14 Oktober untuk perbicaraan Anthony Chan Wei Onn semasa sebutan kesnya pada Isnin.

Chan, seorang juruteknik pendingin hawa, dituduh mengedar 2,129.1 gram syabu itu pada pukul 6.20 petang 12 Julai 2019 di premis J&T Express di tingkat bawah, Kolam Plaza Fasa 1, Jalan Lintas.

Tertuduh pada 20 Januari 2020 meminta dibicarakan bagi tuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya itu yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 15 sebatan (jika tidak dihukum mati), jika sabit kesalahan.

Pendakwaan akan memanggil kira-kira 21 saksi pada perbicaraan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairuddin Idris menjalankan pendakwaan sementara Chan diwakili oleh peguam Ram Singh.

Chan diperintah reman lanjut sementara menunggu tarikh itu kerana tuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tiga lelaki dijatuhi hukuman kerana mengambil syabu.

Al Aziz Abu, Astone Neoh dan Rahmat Musneh mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana melakukan kesalahan itu di lokasi berasingan di sini, antara 7 Mac dan April tahun ini.

Aziz dan Astone masing-masing dipenjara enam bulan sementara Rahmat didenda RM2,500 atau penjara enam bulan.

Mereka masing-masing didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan. Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit menjalankan pendakwaan.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular