HEADLINES :




Trio Sandakan tampil dengan Lebaran Norma Baharu
Published on: Saturday, May 15, 2021
By: Mardinah Jikur
Text Size:


DARI kiri, Lai, Anney Ann dan D’man.
TRIO baharu Sandakan dianggotai D’man, Anney Ann dan Lai Norman Nooh tampil dengan lagu raya berjudul Lebaran Norma Baharu.

Menurut Lai yang juga penulis lirik bersama Sutrisno Chromatic, lagu itu disiapkan dalam masa sebulan.

Katanya kepada Hiburan Ekspres, ini juga merupakan lagu raya pertama diterbitkan dan dirakamkan sepenuhnya oleh SL Production And Music Studio Sandakan.

“Lagu oleh Suria Lasius dan Henri G ini berkisarkan sambutan raya dalam suasana norma baharu,” katanya.

Pihaknya berharap lagu tersebut dapat menghibur di kala suasana hari raya walaupun dalam suasana berbeza. 

 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular