Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


98 anak kapal tentera laut KD Mahawangsa positif Covid-19
Published on: Tuesday, June 08, 2021
By: Bernama
Text Size:

98 anak kapal tentera laut KD Mahawangsa positif Covid-19
KD Mahawangsa
Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan mengesahkan seramai 98 kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa positif Covid-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua anak kapal berkenaan menjalani ujian RTK Antigen Covid-19 sebelum menaiki kapal berkenaan dan didapati negatif.

"Selepas berada beberapa hari di dalam kapal mereka didapati positif, setakat ini semua anak kapal terlibat tidak mengalami sebarang simptom dan mereka telah diasingkan dan kini menjalani kuarantin.

"Insya-ALLAH selepas 10 hari mereka akan menjalani ujian PCR dan jika negatif mereka akan dibenarkan keluar," katanya pada sidang akhbar melepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Ismail Sabri berkata, pihaknya belum dapat memastikan bagaimana anak kapal KD berkenaan dijangkiti virus Covid-19.

“Seperti kita tahu, Covid-19 kini berada dalam komuniti, anak kapal ini dijangkiti Covid-19 sebelum mereka pergi belayar, mungkin ketika mereka berada di rumah atau ketika keluar membeli barang di kedai," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang dalam perbincangan dengan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 Kebangsaan untuk membenarkan Kementerian Pertahanan mendapatkan bekalan vaksin secara terus daripada Pharmaniaga Berhad yang bertanggungjawab membotolkan vaksin jenama Sinovac.

Katanya, dengan kaedah itu, imuniti berkelompok bagi anggota tentera, kakitangan awam yang bekerja di Kementerian Pertahanan dan keluarga dapat dicapai dengan segera.

"Secara amnya kita mempunyai seramai 500,000 orang anggota termasuk keluarga mereka, kita sasarkan seramai 200,000 orang menerima vaksin sebulan dan mencapai imuniti dalam tempoh tiga bulan," katanya.

* Langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp Daily Express untuk berita terkini

* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here