HEADLINES :




Dijel angkara tidak pakai pelitup muka
Published on: Thursday, June 10, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kota Kinabalu: Seorang lelaki rakyat Filipina berumur 35 tahun dipenjara empat minggu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) dengan tidak memakai pelitup muka.

Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu ke atas William Rudi yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat ke atasnya pada Rabu.

William melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka di bawah sebuah kem berdekatan bot nelayan di Taman Puket, di sini, jam 3.55 petang pada 3 Jun, tahun ini.

Kesalahan di bawah Seksyen 259 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan William menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditahan dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjaranya.

Dalam mitigasinya, William, yang tidak diwakili, memaklumkan mahkamah bahawa dia hanya memiliki sijil lahir.

Katanya, dia dilahirkan di negeri ini dan tinggal di Lok Purai, Pulau Gaya.

Pegawai pendakwa Inspektor Lim Swee Beng menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Mahkamah dibertahu William ditahan polis yang menjalankan “Ops Covid-19” di kawasan terbabit.

Ketika meronda di kawasan itu, satu pasukan polis ternampak William sedang duduk di kawasan berkenaan tanpa memakai pelitup muka dan juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan.

William dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular