Polis buru lelaki Tongod positif Covid-19 lari dari rumah
Published on: Monday, June 14, 2021
Text Size:
Karim Jikri (Gambar: PDRM)
SANDAKAN: Polis kini giat memburu seorang lelaki warga tempatan positif Covid 19 yang telah melarikan diri dari rumahnya di Kampung Kuala Tongod, pada Ahad.
Ketua polis Kinabatangan, Supt Dzulbaharin Ismail berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Karim Jikri, 69, telah disahkan positif Covid 19 oleh pihak Klinik Kesihatan Tongod.
ADVERTISEMENT
Usaha mengesan suspek yang melarikan diri sedang dijalankan oleh pihak polis dan Klinik Kesihatan Tongod.
Pihak polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui nombor telefon 089-561890 (Pusat Kawalan Daerah Kinabatangan).