Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Dua wanita didenda berjumlah RM48,000
Published on: Tuesday, June 22, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Dua wanita didenda berjumlah RM48,000
Kota Kinabalu: Dua wanita masing-masing didenda sejumlah RM24,000 kerana menggunakan penyata bank palsu untuk mendapatkan kontrak membekalkan makanan siap masak ke asrama-asrama di Kota Belud.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu kepada Junaidah Majin, 44, dan Rosnizah Jamilide, 31, yang mengaku bersalah secara berasingan kepada tiga tuduhan terhadap mereka, pada Isnin.

Junaidah didenda RM8,000 atau penjara empat bulan bagi setiap tuduhan.

Bagi tuduhan pertama hingga ketiga, Junaidah menggunakan tiga penyata bank bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Damai Enterprise untuk mendapatkan tender membekal makanan siap masak untuk asrama SK Timbang, Kota Belud, dari 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.

Dia melakukan kesalahan itu bersama suaminya Mohammad Asphawi Mohd Yahya, 51, yang mengaku bersalah kepada tuduhannya tetapi hukumannya ditangguh ke 4 Ogos tahun ini.

Kesalahan itu berlaku di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 24 November 2016.

Sementara itu, Rosnizah juga diperintah untuk membayar RM8,000 atau penjara empat bulan bagi setiap tuduhan terhadapnya.

Bagi tuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa menggunakan tiga penyata bank palsu bertarikh 31 Julai, 31 Ogos dan 30 September 2016 di bawah Syarikat RS Marketing juga untuk tujuan sama iaitu membekal makanan siap masak untuk asrama SMK Arshad, Kota Belud dari 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019.

Rosnizah melakukan kesalahan itu bersama suaminya Mohd Terus Megin, 49, yang hukumannya juga ditangguhkan ke 4 Ogos tahun ini.

Mereka membayar denda tersebut.

Semasa rayuan, peguam Shahrulnizam Salleh yang mewakili Junaidah dan Rosnizah, meminta denda sahaja dikenakan pada anak guamnya, mengatakan ia kesalahan pertama mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F. M. Sambatan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh.

Dia berhujah lanjut bahawa kesalahan seperti itu amat berleluasa sekarang ini.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here