Sun, 26 Jan 2025
Headlines:
Dua kes Covid varian Delta pertama di Sabah dikesan di kluster kapal tentera laut, tiga lagi di Labuan
Published on: Thursday, July 01, 2021
Published on: Thu, Jul 01, 2021
Text Size:
Text:
Dua kes Covid varian Delta pertama di Sabah dikesan di kluster kapal tentera laut, tiga lagi di Labuan
Kota Kinabalu: Dua kes Covid-19 varian Delta yang pertama di Sabah telah dikesan di kluster melibatkan kapal tentera laut, menurut data dari Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

Selain varian Delta yang dilaporkan paling cepat merebak di banyak bahagian dunia sekarang, dua lagi kes baharu dari variant of concern (VOC) Alpha atau varian UK juga didapati di Sabah iaitu di dalam Kluster Gusi di Kg Gusi di Kinarut, Papar yang sekarang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Advertisement
Tiga lagi kes baharu varian Delta juga dikesan di Labuan, menurut data lagi. Kluster melibatkan KD Mahawangsa berasal dari pengkalan tentera laut di Lumut, Perak itu dikenali sebagai kluster Ocean Blue.

Di antara 23 Jun 2021 dan 30 Jun 2021, sebanyak 28 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan, kata Noor Hisham dalam siaran akhbar.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Sebanyak 25 kes adalah VOC manakala tiga kes lagi adalah Variant of Interest (VOI) iaitu:

- 18 kes varian Delta (B.1.617.2);

Advertisement
- Lima (5) kes varian Beta (B.1.351);

- Tiga (3) kes varian Kappa (B.1.617.1); dan

Advertisement
- Dua (2) kes varian Alpha (B.1.1.7).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 217 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 198 kes adalah VOC manakala 19 kes adalah VOI,” kata Noor Hisham.

Menurut data Noor Hisham lagi, secara keseluruhan, KKM telah mengesan tiga kes varian Alpha (semua kes tempatan), empat Beta (semua tempatan) dan dua Delta (semua tempatan) di Sabah.

Manakala di Labuan secara kumulatif, sembilan kes Delta -- empat impot dan lima tempatan -- telah dikesan.

Menurut Kementerian Kesihatan, varian paling bahaya Delta paling banyak dikesan di Labuan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

* Ikut kami di Instagram dan langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp untuk berita terkini

* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here