HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Klinik kesihatan swasta Ranau jangkiti pelanggan, cetus kluster Covid baharu
Published on: Friday, July 16, 2021
Text Size:


Gambar hiasan
Kota Kinabalu: Sebuah klinik kesihatan swasta di Ranau telah mencetuskan satu kluster Covid-19 baharu dengan menjangkiti pelanggannya, kata jurucakap krisis pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun. 

Himpunan jangkitan yang dinamakan "Kluster Pekan Ranau" melibatkan jangkitan yang disyaki bermula di sebuah klinik swasta sebelum menular kepada para pelanggannya, kata beliau dalam kenyataan media hari ini. 

"Kluster tempat kerja ini dikesan oleh klinik berkenaan melalui saringan bergejala apabila dua orang staf yang disahkan positif COVID-19 pada 10 Julai 2021, sekaligus menjadi kes indeks," katanya. 

"Saringan terhadap 246 kontak seterusnya mendapati 13 lagi kes terbitan masing-masing enam kes pada 13 Julai 2021, dua kes pada 14 Julai 2021 dan lima kes pada 15 Julai 2021. 

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 15 kes termasuk lima kes baharu hari ini. Manakala, tujuh kes masih menunggu keputusan." 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular