HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Pergaulan remaja cetus kluster baru di Keningau, jangkiti keluarga
Published on: Saturday, July 17, 2021
Text Size:

Kota Kinabalu: Pergaulan remaja kampung di Keningau mencetuskan kluster baharu Covid-19 yang telah menjangkiti ahli keluarga, kata jurucakap krisis pandemik Datuk Masidi Manjun. 

Menurut beliau, Kluster Jambatan Liawan - Keningau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Tuarid Taud dan Lingkudau di daerah Keningau dan kes indeks merupakan lelaki, 26, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag dalam saringan bergejala pada 14 Julai 2021 di sebuah klinik swasta di Keningau. 

"Saringan kontak rapat pada 15 Julai 2021 pula mendapati enam kes RTK-Ag positif iaitu satu kes di klinik swasta dan lima kes yang dilaporkan daripada Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau," kata Masidi dalam kenyataan media hari ini. 

"Pada 16 Julai 2021, 38 lagi kes RTK-Ag positif dikesan hasil saringan kontak rapat di lapangan. Secara keseluruhannya, berbanding 256 kontak yang disaring, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini mencatatkan 45 kes, termasuk 38 kes baharu.

"Penularan jangkitan kluster ini juga disyaki berpunca daripada pergaulan golongan remaja di kampung dan kemudian merebak kepada ahli keluarga. Aktiviti siasatan dan pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan." 

* Ikut kami di Instagram dan langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp untuk berita terkini

* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular