Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Majlis pengebumian, kenduri tahlil di Papar punca kluster baru
Published on: Thursday, July 22, 2021
Text Size:

Majlis pengebumian, kenduri tahlil di Papar punca kluster baru
Kota Kinabalu: Majlis pengebumian dan kenduri tahlil di Papar punca tercetusnya satu kluster Covid-19 baharu, kata jurucakap krisis pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun.

Menurut beliau, Kluster Kebun Lama - Papar merupakan kluster kategori komuniti yang dikesan di daerah Kota Kinabalu. 

"Kes indeks adalah lelaki, 33, yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan sign-on kapal pada 15 Julai 2021. Saringan kontak rapat mendapati satu  kes positif di daerah Papar pada 17 Julai 2021," kata Masidi dalam kenyataan media. 

"Berikutan penemuan kes positif itu, saringan kontak dijalankan terhadap 35 sampel dan mendapati 26 kontak positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 27 kes, lapan sampel negatif dan satu sampel masih menunggu keputusan ujian saringan. 

"Berdasarkan siasatan awal, punca pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan keluarga disyaki berpunca daripada majlis pengebumian pada 06 Julai 2021 di Kg Kabang diikuti majlis tahlil selama lima hari yang dihadiri 60 orang di Kg Nagapas, Papar." 

Satu lagi kluster, Kluster Kuril - Kinabatangan, berlaku di tempat kerja iaitu sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan. 

Kes indeks merupakan pemandu ladang, lelaki, 26, yang disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Ag (grading 100%) di Klinik Mabello Paris, Kinabatangan pada 15 Julai 2021. 

"Saringan kontak kemudian mengesan 11 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan," kata Masidi. 

"Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain. 

"Setakat hari ini, terdapat 12 kes positif direkodkan termasuk 10 kes baharu."

* Baca laporan penuh di akhbar cetak esok atau log in / langgan berita atas talian dan e-akhbar

* Ikut kami di Instagram dan langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp untuk berita terkini





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here