HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Wanita muat naik kata kesat di Facebook didenda RM5,000
Published on: Thursday, July 22, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan wanita berumur 30 tahun dikenakan denda RM5,000 atau dua bulan penjara kerana memuat naik hantaran menggunakan perkataan kesat di Facebook dengan niat menghina seorang anggota polis.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas Berallanita Webley yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat ke atasnya, Rabu.

Berallanita memuat naik hantaran menggunakan perkataan kesat di Facebook dengan menggunakan nama profail Cahaya Bridal Kota Marudu, dengan niat menghina anggota polis, pada 13 Oktober, 2019 antara jam 9 pagi hingga 11.18 pagi di Kota Marudu.

Kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu memperuntukkan denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan boleh dikenakan denda lanjut sebanyak RM1,000 untuk setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, mahkamah berkata dia memberikan Berallanita peluang dengan menimbangkan bahawa ia adalah kesalahan pertamanya dan tidak akan mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang.

Elsie berkaata kenyataan itu menerima 121 tanda suka, 45 komen dan tiga perkongsian dan terdapat komen buruk ke atas seorang penjawat awam, yang mana, beliau berkata, hantaran seumpama itu akan memalukan penjawat awam yang bertugas.

Beliau berkata kesalahan dilakukan Berallanita itu adalah serius.

Semasa mitigasi, Berallanita yang tidak diwakili, merayu hukuman minimum dengan mengatakan perniagaannya terjejas disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Apabila ditanya mahkamah sama ada hantaran itu masih di laman Facebooknya, Berallanita menjawab bahawa hantaran itu sudah disembunyikan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.

Dia memaklumkan mahkamah bahawa ia adalah kesalahan pertamanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah mengenakan hukuman pencegahan atas dasar bahawa Berallanita telah memalukan seorang penjawat awam dengan memuat naik ke kenyaatan seumpama itu.

Mahkamah diberitahu bahawa anggota polis mengeluarkan tiga saman kepada seorang wanita pada hari sama pukul 11.18 pagi yang mana selepas itu polis ternampak perkataan kesat daripada Cahaya Bridal Kota Marudu yang dimuat naik di Facebook.

Siasatan mendapati pemilik Facebook itu adalah Berallanita.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular