HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Lelaki dituduh lakukan gangguan seksual fizikal ke atas gadis, 16
Published on: Thursday, July 22, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 24 tahun didakwa melakukan gangguan seksual fizikal ke atas seorang perempuan bawah umur.

Mohd Shafiee Paluh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, terhadap dakwaan yang dibuat ke atasnya, Rabu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu ke atas gadis berumur 16 tahun itu dengan mengusap buah dadanya dan kemaluannya antara pukul 3 pagi hingga 5 pagi pada 19 Jun tahun ini dalam sebuah kereta di Kota Belud.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membebaskan Mohd Shafiee dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 beserta dua orang penjamin tempatan.

Mohd Shafiee turut diarahkan melapor diri di balai polis Kota Belud sekali seminggu dan mahkamah memberinya amaran agar tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman membantah ikat jamin untuk Mohd Shafiee atas dasar bahawa dia mengenali mangsa dan wujud kemungkinan dia mungkin mengganggu saksi.

Bagaimanapun, pendakwaan mencadangkan ikat jamin sebanyak RM15,000 beserta dua orang penjamin tempatan dengan beberapa syarat dikenakan ke atas Shafiee, jika mahkamah membenarkan ikat jamin.

Peguam Dato Seri Rakhbir Singh yang mewakili Mohd Shafiee memohon ikat jamin dibenarkan dengan mengatakan anak guamnya adalah penduduk tempatan dan ibu bapanya merupakan orang dihormati di Kota Belud.

Rakhbir memaklumkan mahkamah bahawa Mohd Shafiee bekerja dan sudah berkahwin. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular