Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Kedai makan boleh beroperasi hingga 10 malam
Published on: Saturday, July 24, 2021
By: Anthea Peter
Text Size:

Kedai makan boleh beroperasi hingga 10 malam
Kota Kinabalu: Kedai makan di Sabah dibenar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam, di bawah Fasa Dua, Pelan Pemulihan Negara.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun (gambar), berkata ini terpakai untuk restoran, kafe, kedai kopi, trak makanan, gerai, gerai tepi jalan, penjaja tepi jalan dan bergerak, pusat penjaja, medan selera dan kios.

“Bar, pusat karaoke (KTV) dan pusat hiburan tidak diklasifikasikan di bawah kategori ini dan kerana itu, tidak dibenarkan beroperasi,” kata Masidi dalam kenyataan, pada Jumaat.

Di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikemas kini Khamis lalu, aktiviti makan di kedai makan tertakluk kepada maksimum dua orang satu meja dan makanan yang dipesan mesti dihantar terus ke meja pelanggan oleh pekerja.

“Bufet dibenarkan dengan syarat sarung tangan plastik pakai buang disediakan untuk semua pelanggan,” kata Masidi, sambil menambah kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan makan di kedai.

Pemilik kedaimakan mesti memastikan meja dan kerusi disediakan di dalam premis sahaja dan memastikan hanya pelanggan dengan status risiko rendah Covid-19 di MySejahtera dibenarkan makan di premis.

“Sebarang aktiviti sosial, majlis atau sebarang perhimpunan tidak dibenarkan,” tegas Masidi.

Sementara itu, pasar am dan pasar harian dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 6 petang, tambahan tiga jam dari sebelum ini.

“Gerai tepi jalan yang menjual buah, sayur dan ikan juga dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 6 petang,” kata Masidi, sambil menambah pasar tamu, pasar mingguan, pasar malam dan pasar tani masih belum dibenarkan beroperasi.

Beberapa kluster baharu dikenal pasti di Kinabatangan, Sandakan, Tawau dan Tongod yang menyaksikan 100 jangkitan secara kumulatif.

Di Sandakan, satu kluster dikenali sebagai kluster Jalan Utara Dua, tercetus di dalam ward lelaki sebuah hospital kerajaan, yang menyaksikan jangkitan dalamkalangan pesakit lain serta kakitangan hospital.

Masidi berkata pesakit indeks ialah seorang lelaki berumur 74 tahun yang menjalani x-ray dada dan kemudian diuji positif ketika saringan.

“Saringan kontak rapat menemui 11 lagi positif membabitkan dua kakitangan dan sembilan pesakit, sementara seorang pengawal penjara dan seorang kontak satu rumah turut diuji positif,” kata Masidi, sambil menambah terdapat 13 kes kumulatif dalam kluster itu setakat ini.

Masidi berkata 28 pesakit di ward diuji positif, sementara 18 pekerja penjagaan kesihatan masih menunggu keputusan mereka.

Kluster Jalan Stesen TV di Tawau merekodkan 68 kes setakat ini, membabitkan jangkitan di sebuah ladang ternakan ayam itik di Mukim Sri Tanjung.

Masidi berkata pesakit indeks adalah seorang lelaki warga asing berumur 24 tahun yang merupakan buruh di ladang itu.

Di Tongod, Kluster Kg Mananam dicetuskan oleh seorang pengawal keselamatan lelaki di sebuah sekolah rendah.

Di Kinabatangan, kluster Bukit Mas, membabitkan jangkitan di tempat kerja di Mukim Sukau, dicetuskan seorang lerani lelaki berumur 32 tahun di Ladang Sawit Bukit Mas.

Jumlah kes baharu di Sabah pada Jumaat ialah 514, berbanding 497 Khamis lalu dengan satu kematian direkodkan di Beaufort.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here