Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Pemandu pelancong didakwa cabul anak saudara
Published on: Saturday, July 31, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Pemandu pelancong didakwa cabul anak saudara
Kota Kinabalu: Seorang pemandu pelancong berumur 33 tahun didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, selepas tuduhan dibacakan kepadanya pada Jumaat.

Prosiding dijalankan melalui Zoom.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu terhadap remaja berusia 17 tahun itu dengan memeluk dan mencium dahinya pada pukul 1 pagi 20 Julai tahun ini di dalam bilik di sebuah rumah di Papar.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan keluarga antara tertuduh dan mangsa, terdapat hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(2)(c) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos untuk pengurusan kes pra-bicara bagi penyerahan dokumen.

Lelaki itu dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan deposit RM5,000 serta dua penjamin tempatan, dan diperintah untuk melapor diri di balai polis Menumbok sekali sebulan.

Mahkamah juga memerintah supaya pasport antarabangsanya, jika ada, disimpan oleh mahkamah sehingga pelupusan kesnya dan lelaki itu juga diberi amaran supaya tidak mengusik saksi pendakwaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nureen Natasha Mohd Raffie yang hadir untuk pendakwaan, membantah ikat jamin diberikan oleh sebab hubungan keluarga antara lelaki itu dan mangsa.

Bagaimanapun, peguam Dato Seri Rakhbir Singh meminta jaminan dibenarkan, mengatakan lelaki itu tidak tinggal sebumbung dengan remaja itu.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here