Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki kekal bebas tuduhan cederakan orang
Published on: Saturday, July 31, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Lelaki kekal bebas tuduhan cederakan orang
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan pembebasan seorang lelaki berumur 38 tahun daripada dua tuduhan iaitu menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki dan melakukan khianat terhadap tiga kenderaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell dalam menyampaikan keputusannya pada Jumaat, menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret untuk membebaskan Donny Kok daripada tuduhan tersebut.

Amelati mengesahkan keputusan mahkamah rendah itu.

Pada 1 November 2019, Donny dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Sapri Yaakup dengan melanggar mangsa dengan keretanya antara jam 1.30 pagi dan 2 pagi 24 Mac 2016 di belakang sebuah restoran makanan segera di Papar.

Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Donny juga dibebaskan daripada tuduhan kedua iaitu menyebabkan kerosakan kepada tiga kereta dengan melanggarnya di tempat dan masa yang sama.

Peguam Safrin Salleh mewakili Donny. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here