Tue, 21 May 2024

HEADLINES :


Pejalan kaki maut dirempuh 4WD
Published on: Thursday, September 09, 2021
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

 Pejalan kaki maut dirempuh 4WD
KENDERAAN terbabit di lokasi  kejadian. – Gambar ihsan Bomba.
KUNAK: Seorang pejalan kaki berumur 74 tahun meninggal dunia akibat cedera parah selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di KM14 Jalan Kunak-Lahad Datu, at 5.35 petang Selasa.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kunak, sementara pemandu kereta Toyota Hilux itu yang turut cedera parah, menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Ketua Polis Kunak Supt Sabarudin Rahmat berkata pemandu berumur 68 tahun itu yang juga seorang pengurus ladang, sedang memandu ke arah pekan apabila kemalangan itu berlaku.

“Dipercayai pemandu itu hilang kawalan kenderaannya dan terbabas di tepi jalan sebelum merempuh pejalan kaki itu,” katanya.

Cuaca dilaporkan baik semasa kemalangan itu. Pemandu itu dikeluarkan dari kenderaannya oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here