Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Pelaksanaan syarat wajib lengkap vaksinasi dianjak ke 21 Sept: Masidi
Published on: Sunday, September 12, 2021
Text Size:

Pelaksanaan syarat wajib lengkap vaksinasi dianjak ke 21 Sept: Masidi
KOTA KINABALU: Tarikh penguatkuasaan peraturan mensyaratkan semua pekerja dan pelanggan bagi sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya lengkap divaksinasi dianjak ke 21 September.

Menteri Kerajan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata, peraturan ini pada mulanya diumumkan untuk mula dikuatkuasakan selepas 15 September.

“Bagaimanapun, oleh kerana tahap vaksinasi seluruh Negeri sehingga ke hari ini (Ahad) baru mencapai 52 peratus populasi dewasa, maka tarikh kuatkuasa ini dianjakkan ke 21 September – tarikh sasaran Sabah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

“Dimaklumi juga bahawa terdapat kelambatan para pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasaraya untuk menerima dos kedua, khususnya vaksin jenis Astra-Zeneca.

“Oleh yang demikian, para majikan boleh memohon pengecualian sementara.”

Permohonan, katanya, hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyenaraikan nama kakitangan mereka yang terlibat, tarikh pengambilan dos pertama dan jadual tarikh pengambilan dos kedua.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here