Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


STAR ‘intai’ Parlimen Sepanggar
Published on: Sunday, September 19, 2021
By: FMT
Text Size:

STAR ‘intai’ Parlimen Sepanggar
Guan Dee berucap sempena majlis perasmian STAR bahagian Karambunai di Kampung Lentuong, di Telipok, hari ini.
Kota Kinabalu: STAR mensasarkan Sepanggar sebagai salah satu daripada sembilan kawasan Parlimen yang ingin ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung parti itu, Guan Dee Koh Hoi. 

Guan Dee berkata, strategi mereka untuk bertanding di kawasan Parlimen itu akan diperkukuhkan dengan kehadiran bahagian baharu parti di Karambunai. 

“Kawasan Parlimen Sepanggar yang sedang diwakili pembangkang merupakan antara sembilan kawasan Parlimen di Sabah yang disasarkan STAR untuk bertanding. 

“Kini bahagian STAR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai wujud secara sah mengikut perlembagaan parti dan kehendak Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk berfungsi secara rasmi berkhidmat kepada rakyat dalam kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung pertama STAR bahagian Karambunai di Kampung Lentuong, Telipok. 

Turut hadir Naib Presiden merangkap Pengarah Strategik STAR Edward Linggu. 

Sebelum ini, Sepanggar adalah kubu kuat Umno yang kemudiannya dirampas Warisan menerusi Ketua Pemudanya Azis Jamman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Ketika ini, STAR yang juga parti komponen Perikatan Nasional (PN) hanya mempunyai satu kerusi Parlimen di Keningau menerusi presidennya Jeffrey Kitingan. 

Sementara itu, Edward berkata Timbalan Setiausaha Agung STAR Ardino Diris dilantik menjadi penyelaras parti itu di Sepanggar dengan dibantu tiga ketua bahagian di kawasan berkenaan iaitu Stephen Teo di Karambunai, Jeffrey Kumin (Inanam) dan Mohd Yasir Mohd Yasin (Darau).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here