Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Amaran hujan lebat 20-21 Sept di Sabah, Labuan
Published on: Monday, September 20, 2021
By: Bernama
Text Size:

Amaran hujan lebat 20-21 Sept di Sabah, Labuan
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah dan Labuan, [hari ini, 20 Sept] hingga Selasa (21 Sept).

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari [kelmarin] memaklumkan kawasan terbabit di Sabah adalah bahagian pedalaman meliputi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, selain bahagian Pantai Barat serta bahagian Kudat.

Beliau berkata, seluruh Labuan turut terbabit dengan amaran cuaca itu.

“Angin bertiup dari arah barat dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here