Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Umno Sabah sedia terima semula bekas pemimpin parti itu, kata setiausaha eksekutif
Published on: Sunday, October 17, 2021
By: FMT
Text Size:

Umno Sabah sedia terima semula bekas pemimpin parti itu, kata setiausaha eksekutif
Kota Kinabalu: Setiausaha Eksekutif Umno Sabah, Awang Lakat berkata, parti itu sedia menerima semula bekas pemimpin dan ahli mereka di negeri berkenaan sekiranya mahu kembali ke pangkuan parti berkenaan. 

Katanya, Umno adalah parti yang inklusif dan bukannya eksklusif serta sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak yang mahu menyertai perjuangan mereka. 

“Kita sentiasa mengamalkan konsep terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai perjuangan parti kita, bagaimanapun, ianya perlu melalui proses seperti biasa. 

“Mereka yang berminat (menyertai Umno) perlu mengisi borang keahlian parti dan dikemukakan kepada cawangan, bahagian serta ibu pejabat parti untuk kelulusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Awang yang juga ketua bahagian Umno Beaufort berkata, walaupun parti itu di Sabah telah “pulih”, namun penyertaan semua pemimpin dan ahli akan menjadikan mereka bertambah kuat. 

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi ahli atau pemimpin sama ada dari pembangkang mahupun parti lain akan menyertai Umno pada masa akan datang. 

“Sebelum ini, walaupun ramai yang menganggap Umno sudah tidak relevan tetapi parti ini tetap menjadi rebutan ramai. 

“Bagi saya ia memberikan indikasi bahawa Umno mempunyai nilai harga yang mahal walaupun itu cuma persepsi. 

“Apa pun Umno tidak boleh sombong untuk mendengar dan membetulkan diri dengan teguran daripada akar umbi dan dalam politik, perlu ada strategi serta rancangan sekiranya hendak menang, termasuk membuka pintu kepada bekas ahli Umno yang ingin kembali bersama parti,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss 

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here