Fri, 29 Mar 2024

HEADLINES :


Dua kru melecur dalam insiden kebakaran bot Sandakan
Published on: Tuesday, October 19, 2021
Text Size:

Dua kru melecur dalam insiden kebakaran bot Sandakan
Kru bot ini melecur teruk dalam kejadian kebakaran bot di Sandakan. (Gambar: Markas ATB 2)
SANDAKAN: Dua orang kru bot melecur manakala dua orang lagi selamat dalam insiden kebakaran bot di perairan Pulau Billean dekat sini hari ini, menurut kenyataan media tentera. 

Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) menerusi Detasmen Bot Sandakan dan Tim Quick Reaction Force telah memberikan bantuan kepada mangsa bot terbakar kira-kira jam 12.30 tengah hari. 

Dalam kejadian tersebut, bot yang dinaiki oleh empat orang warga tempatan tersebut telah terbakar sewaktu menghidupkan pam air dengan menggunakan teknik "jump-start" ketika sedang berlindung di Pulau Billean kerana hujan lebat. 

"Bot yang telah terbakar terpaksa dilepas dan hanyut menuju ke Pulau Tegipil yang terletak berhampiran pulau tersebut," menurut kenyataan tersebut. 

"Hasil maklumat dari salah seorang mangsa terlibat, memaklumkan bahawa mereka sedang menaiki bot dari Sandakan menuju ke Kudat untuk urusan perniagaan sangkar ikan. 

"Walau bagaimanapun, kerana keadaan cuaca iaitu hujan lebat serta mengalami masalah bot, mereka terpaksa berlindung sementara di Jeti Pulau Billean milik Reef Guardian." 

Reef Giardian merupakan badan bukan kerajaan terlibat dalam pemuliharaan terumbu karang.

Keempat-empat mangsa bot terbakar tersebut telah dibawa menuju ke Pulau Lankayan oleh bot milik Reef Guardian,  diserahkan kepada Detasmen Bot Sandakan ATB 2 untuk dibawa ke Sandakan menggunakan bot Viper 7 bagi menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, di sini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss 

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available





ADVERTISEMENT







Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here