Isu pembinaan semula parit monsun di P’pang
Published on: Tuesday, October 26, 2021
By: Sidney Skinner
LINTASAN sementara dibina di bahagian ini.
JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) merancang untuk mengadakan dialog dengan wakil-wakil dari beberapa kejiranan sekitar Penampang, termasuk Taman Golfview, untuk membincangkan masalah berkaitan usaha berterusan untuk membina semula sebuah parit monsun di kawasan mereka.Sebahagian dinding konkrit untuk struktur itu didapati runtuh semasa pemeriksaan bersama, antara kakitangan Jabatan dan rakan sejawat dari Majlis Daerah, lebih setahun yang lalu.ADVERTISEMENT
JPS mula menggantikan “unit berbentuk L” rosak untuk parit itu dengan cerucuk kepingan pada Mac, selepas menerima cerucuk itu dari Semenanjung Malaysia kerana ia tidak dapat diperolehi di negeri ini.
Selama beberapa bulan selepas itu, pembaikan kerap terganggu disebabkan sekatan yang dikenakan pada kontraktor agensi - apabila Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan - dan cuaca buruk di Ibu Negeri.
DUA pegawai kanan (kanan) dari ibu pejabat JPS berbincang dengan jurutera Jabatan yang sedang menyelia kerja pembinaan semula parit monsun itu.
Jabatan menganggarkan, awal bulan ini, bahawa kira-kira 15 peratus daripada kerja pembinaan semula itu masih perlu dilakukan.ADVERTISEMENT
Bagaimanapun, hujan lebat, yang terus berlaku di daerah ini, telah memburukkan masalah saliran bukan sahaja di Taman Golfview, tetapi juga di Taman Millennium Heights and Golf Garden yang berdekatan.
Air naik hampir ke tebingnya, tetapi mujur, tidak melimpah keluar dari parit itu semasa hujan lebat baru-baru ini.
ADVERTISEMENT
Bagaimanapun, ketika hujan lebat pada pertengahan September, Taman Golfview dilanda banjir yang digambarkan oleh seorang pemilik rumah sebagai “terburuk” dialaminya sejak dia mula-mula berpindah ke sana lebih satu dekad yang lalu.
Seorang jurucakap JPS berkata Jabatan menyedari rasa tidak puas hati yang disebabkan oleh “penurunan kapasiti” parit monsun tersebut.
Dia berkata Jabatan sedang berusaha untuk mempercepatkan kerja pembinaan semula ini agar struktur itu dapat berfungsi sebagaimana yang patut.
“Dua timbalan pengarah kami sendiri pergi ke tapak pada minggu lepas untuk melihat sejauh mana kerja yang telah dijalankan,” katanya pada 25 Oktober.
“Kontraktor, yang ditugaskan untuk membina semula parit itu, telah mengalihkan pembetung dari satu bahagian struktur itu agar satu ‘lintasan’ sementara dapat dibina.
“Dia mahu memanfaatkan sepenuhnya cuaca panas yang KK alami kebelakangan ini, agar jentera yang diperlukan dapat dibawa dengan selamat menyeberangi lebar parit itu untuk menutup dinding di sebelah sini dengan konkrit.”
TIMBALAN pengarah Jabatan meneliti pembetung yang dikeluarkan agar lintasan tersebut dapat dibina.
Kerja tersebut sebelum ini tertangguh kerana tanah di tepi struktur itu penuh berisi air, menurutnya.
“Kehadiran ‘lintasan’ ini juga akan memudahkan kerja mengorek puing-puing yang mungkin jatuh ke dalam parit itu semasa pembaikan masih dilakukan.
“Kami mempunyai seorang pengendali bersiap sedia sepanjang masa untuk membersihkan parit itu, jika dan bila perlu berbuat demikian.”
Dia berkata JPS terus memantau perkembangan kerja pembinaan semula itu, dengan pemeriksaan tetap dibuat terhadap struktur tersebut.
“Kami juga sedang mengatur perjumpaan bersama beberapa pemilik rumah yang terjejas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rungutan mereka dan memberi taklimat tentang apa lagi yang perlu dilakukan terhadap parit itu.
“Kami berharap dapat mengadakan perjumpaan ini secepat mungkin.”
SATHVINDER, yang tinggal di Taman Golfview, menyelar sikap sambil lewa Jabatan terhadap pembaikan ini.
Dia berpendapat bahawa kelewatan 13-bulan untuk menyiapkan kerja pembaikan parit itu mungkin telah menyumbang kepada masalah banjir di kejiranan tersebut.
“Saya pernah melihat sebuah jentera pengorek diletakkan di satu bahagian parit itu tetapi ia bukan lagi di situ.
KEADAAN sekitar parit itu semasa hujan lebat Oktober lalu.
“Jabatan harus membawa balik jentera ini agar lumpur dan mendapan lain di dalam struktur itu, dapat dikorek secara berkala.
“Pengorekan kerap dapat memastikan parit itu sentiasa cukup dalam untuk menyalirkan air permukaan sehingga kerja pembinaan semula dapat disiapkan.”
Sathvinder juga berharap Jabatan akan mempertimbang untuk memasang perintang di sepanjang bahagian parit yang paling dekat dengan kejiranan itu.
“Ini mungkin dapat mengurangkan kemungkinan air melimpah ke atas jalan perumahan.
“Tembok seperti ini dapat dlihat di sepanjang bahagian parit itu yang berdekatan dengan Kondominium Forest Hill, tidak jauh dari Taman Golfview.”
“Sebagai alternatif, JPS juga boleh menyusun timbunan beg pasir di sepanjang dinding parit berdekatan Taman Golfview.”
Katanya, mana-mana strategi ini dapat meminimumkan kemungkinan banjir kilat berlaku di kejiranan ini.
Sathvinder berkata air parit monsun itu melimpah ke atas jalan perumahan Taman Golfview, selepas hujan setengah jam saja, pada 15 September.
“Parit-parit di hadapan rumah kami juga melimpah tidak lama selepas itu dan, tidak lama kemudian, air yang meliputi jalan perumahan sama paras dengan air di parit monsun itu,” katanya.
Dia berkata kejiranan itu ditenggelami air sedalam enam inci ketika hujan lebat itu mula berkurang beberapa jam kemudian.
“Penduduk di sini mengalami kerosakan harta-benda akibat ini.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Kami terpaksa mengeluarkan belanja agak banyak untuk membaiki kenderaan kami dan menggantikan mana-mana barang rosak yang tidak dapat diselamatkan.
“Ini kali pertama saya mengalami banjir yang begitu buruk sejak berpindah ke sini bertahun-tahun lalu.”