Penduduk bimbang tiang elektrik, telefon tumbang
Published on: Thursday, October 28, 2021
By: Sidney Skinner
KARAT sudah mula terbentuk di dasar tiang elektrik ini.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan meningkatkan usaha bagi menyelenggara lampu jalan di sebuah kejiranan di Luyang manakala penduduk di satu bahagian di Penampang dan Kolombong berharap Telekom Malaysia (TM) Bhd dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) juga akan melakukan perkara sama ke atas pepasangan mereka.Mereka bimbang mereka mungkin tidak dapat mengakses Internet atau mengalami gangguan elektrik akibat kurang penyelenggaraan yang dilakukan ke atas tiang telefon dan elektrik di kawasan masing-masing.ADVERTISEMENT
Karat sudah mula terbentuk pada tiang-tiang ini, sebahagiannya malah kelihatan seolah-olah akan tumbang pada bila-bila masa kerana ia condong secara berbahaya.
Kedua-dua individu itu memberikan Hotline lokasi struktur terbabit. Maklumat ini kemudian dikemukakan kepada TM dan SESB.
TIANG telefon ini semakin lama semakin condong ke arah bumbung sebuah rumah di Penampang.
Jurucakap TM dan SESB berkata kakitangan mereka akan memeriksa keadaan tiang telefon dan elektrik di kejiranan di Penampang dan Kolombong.ADVERTISEMENT
“Kami akan menggantikan mana-mana tiang yang rosak dan yang condong akan dikembalikan kepada keadaan asal,” kata mereka.
“Salutan cat baharu akan digunakan pada permukaan tiang yang memerlukannya.”
ADVERTISEMENT
Apabila ditanya berapa kerap pepasangan mereka diselenggara, mereka berkata penyelenggaraan dilakukan apabila keadaan menuntut ia dilakukan.
ELANOR, yang tinggal di Taman Everclicked, kecewa dengan TM kerana gagal menyelenggara tiang telefon yang condong di sepanjang jalan perumahannya sejak tiga tahun lalu selepas kali pertama dia mengemukakan perkara itu ke perhatian firma itu.
Katanya, sebuah tiang yang terletak di bahu jalan di luar halaman depan rumahnya mencondong semakin hampir dengan bumbungnya.
“Ia semakin teruk mencondong disebabkan oleh angin kencang yang kadang-kadang berlaku sebelum hujan lebat,” katanya.
Elanor berkata dia sudah melaporkan masalah pada tiang itu kepada Perkhidmatan Bantuan Pelanggan TM di 100 – beberapa kali sejak 2019 apabila dia mula menyedari tiang itu tidak lagi tegak.
KENDERAAN utiliti dihantar bagi membantu usaha membaik pulih jalan di kejiranan di Luyang ini.
“Pada satu tahap, seseorang dari firma itu datang ke kawasan saya dan mengambil gambar tiang di sebelah pagar rumah saya.”
Kakitangan itu nampaknya memberi jaminan kepada pelanggan itu bahawa bahagian berkaitan akan dimaklumkan tentang masalah ini.
Dia memberitahu saya bahawa TM akan mengatur agar semua tiang yang condong di sepanjang laluan itu akan dikembalikan ke keadaan asalnya.
“Bertahun-tahun sudah berlalu dan syarikat itu masih belum mengambil tindakan. Sejak kebelakangan ini, saya dapati permukaan logam tiang yang paling hampir dengan rumah saya dipenuhi karat.
“Jika kabel terputus, perkhidmatan telekomunikasi untuk pelanggan di sini pasti akan terganggu.”
STEVE dari Kolombong berkata perkara sama boleh berlaku di Taman Khidmat berikutan karat sudah memakan pangkal tiang elektrik di sepanjang jalan di kawasan itu.
“Kami mungkin terpaksa berdepan gangguan bekalan elektrik berpanjangan apabila iang itu tumbang,” katanya.
Katanya, keadaan struktur yang kurang baik memberi gambaran kepadanya bahawa hampir tiada penyelenggaraan dilakukan ke atas kebanyakan pepasangan SESB di sekitar kejiranan itu.
JIKA tiang elektrik di Kolombong ini tumbang, penduduk di Taman Khidmat berkemungkinan mengalami masalah elektrik berpanjangan.
Steve merayu kepada pihak pengurusan untuk menangani kebimbangannya secepat mungkin sebelum pelanggannya mengalami gangguan akibat bekalan elektrik terputus.
Sementara itu, masalah teknikal menyebabkan lampu jalan di Lorong Budaya, di Luyang, tidak berfungsi untuk beberapa lama baru-baru ini.
Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata kontraktor bertanggungjawab menyelenggara lampu itu menemukan sambungan rosak antara wayar yang disambungkan pada beberapa kemudahan ini.
“Tiang lain pula didapati mengalami masalah fius meletup,” katanya.
“Salah sebuah kenderaan utiliti kami dihantar ke kawasan itu agar kerosakan ini dibaiki.”
Katanya, kontraktor diarahkan agar membuat pemeriksaan berkala ke atas lampu-lampu jalan di sana bagi memastikan kawasan awam di sepanjang jalan itu diterangi sebaiknya.
Jurucakap itu menasihati penduduk yang tinggal di kawasan itu agar memaklumkan DBKK secara terus mengenai sebarang masalah membabitkan kemudahan awam di sana, termasuk lampu jalan.
“Ini akan membolehkan kami menangani masalah ini secepat mungkin.”
VERON, yang tinggal di Taman BPL, berkata beberapa lampu di sepanjang jalan perumahannya tidak berfungsi selama berbulan-bulan.
“Laluan ini menuju ke jalan mati dan kekurangan pencahayaan amat membimbangkan kerana tiada rumah berdekatan,” katanya.
“Saya bimbang pihak yang tidak bertanggungjawab mungkin mengambil kesempatan daripada situasi ini melakukan jenayah, jika lampu jalan tidak dibaikpulih dengan segera.”
Veron berkata dia melihat ramai individu tidak dikenali, termasuk warga asing, berjalan di sepanjang laluan itu sejak beberapa bulan lalu.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Saya mula menyedari perkara ini selepas kerja pembinaan dimulakan di atas sebidang tanah kosong di sebelah kejiranan saya.
“Kebelakangan ini, saya melihat semakin ramai individu ini memasuki kawasan itu.”