Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Tahap keselamatan data negara perlu sentiasa dipantau: Shahelmey
Published on: Sunday, November 07, 2021
Text Size:

Tahap keselamatan data negara perlu sentiasa dipantau: Shahelmey
Kota Kinabalu: Tahap Keselamatan Data Negara perlu diteliti dari masa ke semasa di negara ini.Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ia sejajar dengan usaha kerajaan dalam membudayakan konsep tanpa kertas dalam perkhidmatan di negara ini. "Saya menyambut baik usaha kerajaan dalam membudayakan konsep tanpa kertas dalam perkhidmatan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta. "Sejajar dengan usaha itu, perhatian yang teliti perlu diberi kepada keselamatan siber terutamanya jika ia membabitkan kerjasama dengan pihak asing. "Ini demi keselamatan negara kerana data dan maklumat merupakan aset penting sesebuah negara" jelasnya. Beliau berkata demikian dalam kenyataannya hari ini. Shahelmey juga berkata ancaman siber adalah perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan ianya memerlukan pemantauan yang berterusan.

Menurutnya, kesiapsiagaan keselamatan siber ini amat penting kerana ianya memberi kesan kepada ekonomi dan keselamatan negara. "Ancaman siber ini adalah perkara yang memerlukan pemantauan yang berterusan kerana pihak tidak bertanggungjawab akan sentiasa mencari cara untuk menggodam terutamanya yang membabitkan data dan maklumat penting. "Ia akan dapat menjejaskan ekonomi negara jika ianya berlaku. "Kita perlu memastikan kesiapsiagaan kita dalam hal ini di peringkat yang tinggi pada setiap masa" katanya. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here