Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Semakin ramai nama besar sertai Sabah FC
Published on: Saturday, December 04, 2021
By: GL Oh
Text Size:

Semakin ramai nama besar sertai Sabah FC
Rizal (atas kiri), Khairul (atas kanan), Irfan (kiri) dan Damien.
Kota Kinabalu: Reputasi Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih nampaknya menjadikan Sabah FC sebagai pilihan menarik buat pemain apabila semakin ramai nama-nama besar dijangka menyertai kelab.

Pemain terbaru yang mengikuti jejak Badrol Bakhtiar dan Dominic Tan adalah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dari Melaka United, Damien Lim dari Negeri Sembilan FC, pemain tengah Johor Darul Ta’zim II Irfan Fazail dan bek kanan Kedah FC Rizal Ghazali.

Khairul dan Rizal ketika ini menjalani latihan bersama pasukan senior kebangsaan untuk Piala AFF bulan depan di Singapura bersama Badrol dan Dominic.

Dengan ketibaan Khairul dan Damien, Sabah FC dijangka akan meletakkan muka baharu selaku penjaga gawang musim depan, susulan pengunduran Rendy Rening, manakala pemain lama Rozamie Rohim difahamkan memutuskan untuk menggantung ‘sarung tangan’ bagi menceburi bidang kejurulatihan .

Setakat ini, Sabah FC turut menandatangani tiga pemain tempatan Muhd ​​Afiq Yunus, Azzad Harraz, Dirga Surdi dan Badrul Affendi untuk musim baharu.

Bek tengah Badrul dari Penampang pernah bersama pasukan negeri dari 2014 hingga 2015 dan kali terakhir bermain untuk Sarawak United sejak dua musim lepas.

Azzad Azhad pula berasal dari Semporna dan merupakan penjaring kedua terbanyak dalam Liga Premier bersama Skuad Projek FAM-MSN musim lepas, manakala pemain tengah Dirga bersama UiTM FC dalam Liga Premier dan pemain kelahiran Labuan, Afiq merupakan pemain tengah yang kali terakhir beraksi untuk Kinabalu Jaguar FC .

Sementara itu, kelab turut mengesahkan lanjutan kontrak Amri Yahyah, Thanabalan Nadarajah dan Umareng Bacok di laman sosial mereka.

Hanya trio terbabit dan Nazirul Naim Che Hashim, Rawilson Batuil dari musim lalu dikekalkan oleh pihak pengurusan sehingga kini, manakala Hanafie Tokyo, Gerald Gadit, Ramzi Mustakim, Harith Naem Jaineh, Sahrizan Saidin dan Nureizkhan Japar terlebih dahulu diserap masuk dari pasukan simpanan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here