MoI bangunkan CTO Berintegrasi Penuh pertama Borneo di Kota Kinabalu
Published on: Thursday, December 09, 2021
By: Bernama
Hajiji (empat dari kiri) menyaksikan pertukaran dokumen MoI itu di antara Kenny (kedua dari kiri) dan Charles.
Kota Kinabalu: Sabah Air Aviation Sdn Bhd pada Rabu menandatangani Memorandum Hasrat (MoI) dengan Pos Aviation Sdn Bhd bagi membangunkan Projek Operasi Terminal Kargo (CTO) Berintegrasi Penuh yang pertama di Borneo.Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata kedua-kedua pihak bekerjasama untuk mewujudkan CTO Berintegrasi Penuh yang bertempat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).ADVERTISEMENT
Beliau dalam satu kenyataan berkata, dengan kewujudan CTO tersebut diharap akan dapat membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi Sabah.
Majlis memeterai MoI itu disaksikan oleh Hajiji dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pejabatnya di Menara Kinabalu, dekat sini.
MoI itu ditandatangani oleh Pengerusi Sabah Air Kenny Chua, manakala Pos Aviation diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Pos Malaysia Berhad Charles Brewer.
Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Datuk Rusdin Riman dan GCEO Sabah Air Rodney Linus.ADVERTISEMENT
CTO Berintegrasi Penuh itu akan menjadi pusat perkhidmatan logistik berteknologi tinggi untuk mengendalikan pelbagai jenis kargo termasuk e-dagang apabila beroperasi penuh.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
ADVERTISEMENT
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.