Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Selepas lima hari, operasi carilamat mangsa lemas Labuan ditamatkan
Published on: Friday, January 07, 2022
Text Size:

Selepas lima hari, operasi carilamat mangsa lemas Labuan ditamatkan
Operasi carilamat mangsa lemas di perairan Labuan. (Gambar: Maritim Malaysia)
LABUAN: Operasi carilamat ke atas seorang mangsa lemas di perairan Pulau Lambidan, dekat sini, pada Isnin lalu ditamatkan hari ini selepas pencarian selama lima hari tidak menemui sebarang petunjuk positif. 

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin bin Jusoh, dalam kenyataan media berkata Maritime Rescue Sub-Centre Kota Kinabalu telah menamatkan operasi carilamat pada jam 6.30 petang dan keputusan dibuat setelah mengambil kira tiada sebarang penemuan atau petunjuk ditemui pasukan di lapangan sepanjang empat hari operasi. 

Walau bagaimanapun, pencarian dan pemantauan akan diteruskan agensi masing-masing yang bertugas menerusi operasi harian mengawal pesisir pantai, laut dan sebagainya.

Operasi carilamat selama lima hari melibatkan seramai 45 anggota dari pelbagai agensi seperti Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam serta Rela bagi melaksanakan pencarian.

Keluasan keseluruhan sektor carilamat merangkumi 184 batu nautika dengan lima aset telah diaturgerak sepanjang lima hari operasi.

Komuniti maritim diseru untuk terus meningkatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan di laut menggunakan talian 999 (MERS) atau 087-453777 (Pusat Operasi Zon Maritim Labuan).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Top Stories Today

Sabah Top Stories


Follow Us  



Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here