Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Warga Filipina bunuh rakan senegara dihukum mati
Published on: Tuesday, January 18, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Warga Filipina bunuh rakan senegara dihukum mati
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berumur 42 tahun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh rakan senegaranya enam tahun lalu.

Ismail Rasad, yang memegang dokumen IMM13 disabit kesalahan membunuh Md Adzmar Alex, 19, yang juga pemegang dokumen IMM13, pada pukul 11.30 malam 1 Mei 2016 di Kampung Rampayan, Manggatal.

Tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad dalam menyampaikan keputusannya pada penghujung pembelaan pada Isnin, memutuskan bahawa Ismail gagal membuktikan ketidakwarasan sebagai pembelaan dan  mewujudkan keraguan munasabah terhadap tuduhan.

“Dengan itu, tertuduh disabitkan bersalah dan dihukum gantung sampai mati,” kata Nurchaya.

Pada mulanya, Ismail pada 14 Disember 2017 dipenjara 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia mengaku bersalah kepada tuduhan pematian orang, yang lebih ringan.

Tertuduh pada mulanya didakwa membunuh, tetapi Mahkamah Tinggi dalam keputusannya pada penghujung kes pendakwaan memutuskan bahawa pendakwaan telah gagal membuktikan semua syarat perlu untuk pembunuhan namun pendakwaan berjaya membuktikan semua syarat untuk tuduhan pematian orang.

Pada 24 September 2019 Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mengetepikan sabitan serta hukuman tuduhan lebih ringan itu, dan memerintah supaya Ismail membela diri terhadap tuduhan asal iaitu membunuh.

Ismail, yang menjadi saksi tunggal pembelaan, memberi keterangan tidak bersumpah dalam pembelaannya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ali Imran menggantikan DPP Rozanna Abdul Hadi, sementara Ismail diwakili oleh peguam Ram Singh, Kimberly Ye dan Chen Wen Jye.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here