Land Cruiser musnah terbakar
Published on: Wednesday, January 19, 2022
By: Ibrahim Tabir
ANGGOTA bomba memadam api yang memusnahkan kenderaan itu.
KUNAK: Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Land Cruiser musnah terbakar di Jalan Kunak - Lahad Datu, dekat Tingkayu di sini, petang Selasa.Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata, kenderaan tersebut dipercayai tiba-tiba terbakar ketika ditunda (towing) dalam perjalanan ke arah Pekan Kunak.ADVERTISEMENT
Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan jam 1.20 petang. Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi PBK II, Rosman Gari bersama sebuah jentera FRT ke lokasi kejadian yang jaraknya 24 Kilometer dari Balai Bomba di sini.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran ‘hose reel’ bagi mengawal api daripada merebak”, katanya menambah kenderaan tersebut musnah 100 peratus.
Tiada kecederaan atau kematian dalam insiden itu.
“Operasi terkawal jam 1.42 dan tamat sepenuhnya 2.06 petang”, katanya ketika dihubungi.
ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.