Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Penilaian risiko, SOP untuk pembukaan kembali umrah dimuktamad Februari ini
Published on: Wednesday, January 19, 2022
By: Bernama
Text Size:

Penilaian risiko, SOP untuk pembukaan kembali umrah dimuktamad Februari ini
Kuala Lumpur: Penilaian risiko dan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan umrah khusus bagi garis masa pembukaan semula perjalanan umrah, akan dimuktamadkan menjelang pertengahan Februari ini.

Menurut kenyataan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, perkara itu adalah maklum balas daripada sesi libat urus kedua-dua kementerian itu bersama Persatuan Agensi Pelancongan (UMRAH) hari ini.

 Libat urus yang dikendalikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin itu adalah bagi mendapatkan maklum balas berhubung hala tuju industri umrah susulan keputusan penangguhan sementara yang sedang berkuat kuasa.

“Kedua-dua menteri dalam maklum balas mereka telah menyatakan komitmen untuk memperincikan dan memperhalusi setiap isu serta cadangan yang dikemukakan di peringkat kementerian masing-masing sebelum membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 akan datang,” menurut kenyataan itu.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri pelancongan umrah adalah SOP berkaitan pelaksanaan perjalanan umrah, isu bayaran balik dan penjadualan semula penerbangan, perlindungan insurans, garis masa pembukaan semula perjalanan umrah dan bantuan pemulihan kepada industri pelancongan.

 Sehubungan itu, kedua-dua kementerian berharap agar semua pemain industri dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan aktiviti umrah dapat terus dilaksanakan dengan selamat.

Turut hadir dalam sesi libat urus itu pengurusan tertinggi kedua-dua kementerian, wakil agensi persekutuan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Imigresen Malaysia serta ahli daripada Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here