Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Calvin minta Frankie tidak sewenangnya buat tuduhan
Published on: Monday, January 24, 2022
By: Bernama
Text Size:

Calvin minta Frankie tidak sewenangnya buat tuduhan
Calvin (kiri) dan Frankie.
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong meminta Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon supaya tidak sewenangnya membuat tuduhan tidak berasas, dan sebaliknya menerima keputusannya meninggalkan DAP dengan terbuka.

Katanya, tujuan beliau bersama beberapa rakan seperjuangannya meninggalkan DAP adalah dengan harapan agar pembelaan rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih inklusif, dan bukannya sengaja berhasrat untuk melompat ke mana-mana parti lain.

Dalam satu kenyataan di sini pada Ahad, beliau berkata, mereka juga memilih untuk keluar parti atas alasan sama, yakni DAP Sabah hilang arah, selain mengalami perbalahan dalaman serta masalah komunikasi teruk antara pemimpinnya.

“Kami tekankan di sini, kami meninggalkan parti kerana mahu berjuang untuk rakyat di Sabah agar dapat diberi lebih autonomi, infrastruktur yang lebih baik serta bersifat masyarakat inklusif mengatasi bangsa dan agama,” tegas Calvin.

Dua hari lepas, Poon mendakwa tindakan Chong dan Adun Sri Tanjong Justin Wong Yung Bin untuk keluar parti dibuat sebelum Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang disebabkan agenda tertentu, dan beliau turut menggesa mereka supaya meletak jawatan sebagai Adun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here