PH Sabah pertimbang calon guna logo PKR di Kota Belud
Published on: Sunday, February 06, 2022
Mustapha Sakmud
KOTA BELUD: Pakatan Harapan (PH) Sabah mempertimbangkan cadangan supaya calonnya menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila bertanding kerusi Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Ketua Cabang PKR Kota Belud, Mustapha Sakmud berkata parti telah pun bersepakat untuk mencadangkan agar PH meletakkan calon untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Belud menggunakan logo PKR.ADVERTISEMENT
“Persoalan siapa calon yang akan bertanding bagi pihak Pakatan Harapan nanti akan diputuskan pada masa yang sesuai. Keperluan sekarang adalah untuk memantapkan jentera parti masing-masing dan bersedia menghadapi PRU15,” katanya dalam kenyataan.
Mustapha berkata pendirian tersebut dicapai semasa retreat PKR Kota Belud baru-baru ini di Pusat Eko Pelancongan Tindian Komujo.
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah itu berkata pihaknya mengambil maklum tentang kenyataan media yang dibuat oleh Datuk Ewon Benedick yang mengatakan bahawa Upko tidak akan meletakkan calon untuk Parlimen Kota Belud pada PRU15.
“Namun atas dasar Keluarga Besar PH, kami akan bermesyuarat dengan Upko, DAP dan Amanah di peringkat Kota Belud untuk memuktamadkan cadangan tersebut.ADVERTISEMENT
“Kita juga akan membuka ruang kerjasama dengan parti politik lain yang bersetuju dengan Agenda Reformasi Sabah dan pencalonan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menyelamatkan negara ini daripada terus merudum dari segi pencapaian ekonomi berbanding negara-negara jiran,” katanya.
Retreat itu juga menekankan kepentingan pengundi muda 18 tahun yang akan terlibat pada PRU15.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Dianggarkan terdapat 20,000 pemilih di Kota Belud. Parti akan menggerakkan jentera anak muda dan media sosial bagi menarik minat pengundi muda untuk memilih Pakatan Harapan dengan komponen partinya,” katanya.
Turut hadir semasa retreat itu adalah Naib Pengerusi MPN Peto Galim, Ketua Penerangan MPN Chrisnadia Sinam dan Setiausaha Pengelola MPN Remysta Taylor.