Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Dua subkontraktor lindungi PTI  didenda  RM10,000
Published on: Friday, May 13, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Dua subkontraktor lindungi PTI  didenda  RM10,000
Kota Kinabalu: Dua subkontraktor didenda sejumlah RM10,000 kerana membenarkan pendatang tanpa izin tinggal di premis mereka.

Peter Wong Ngie Kang, 39, dan Lee Yun Sung, 63, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadap mereka pada Khamis.

Wong didapati membenarkan seorang warga Filipina berusia 16 tahun tanpa sebarang dokumen tinggal di sebuah premis di Jalan Tuaran, di sini pada jam 11.45 malam pada 1 Mac tahun ini.

Dia didenda RM5,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit, di mana dia perlu membayar RM5,000.

Sementara itu, Lee didenda RM5,000 atau penjara dua bulan kerana membenarkan seorang warga Filipina berusia 27 tahun tanpa dokumen tinggal di bangunan itu di Jalan Tuaran juga pada masa yang sama.

Kedua-dua mereka melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 55E(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.

Mahkamah membenarkan permohonan Wong dan Lee untuk membayar denda secara ansuran.

Kedua-duanya diperintahkan membayar RM1,000 setiap seorang pada Khamis dan baki RM4,000 perlu dibayar pada 19 Mei bagi Wong dan 20 Jun bagi Lee.

Semasa rayuan, mereka meminta hukuman ringan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Rozilah Kadi dari Jabatan Imigresen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here