Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Warga emas dibaham buaya depan cucu
Published on: Wednesday, May 18, 2022
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:

Warga emas dibaham buaya depan cucu
FotoBERNAMA untuk ilustrasi sahaja.
PITAS: Seorang wanita warga emas maut dibaham buaya di Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak Batu dekat sini, Isnin lepas.

Lebih menyedihkan, kejadian menyayat hati itu berlaku di depan cucu perempuannya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, mangsa yang berumur 66 tahun ditemani cucunya,9, ke sungai itu untuk membaiki pam air.

Menurut Zairolnizal, berdasarkan laporan daripada pengadu, mangsa diserang buaya di Sungai Kampung Sinasak Batu ketika sedang membaiki pam air.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan lutut, diselamatkan penduduk kampung dan dibawa ke Hospital Pitas untuk rawatan.

“Menurut saksi, ketika mangsa sedang mengambil air di sungai sambil membetulkan pam air, tiba-tiba saksi terdengar mangsa menjerit dan mangsa nampak kocakan di air.

“Saksi juga nampak seekor buaya sedang menyerang mangsa. Mangsa dapat melepaskan diri dan terus dikejarkan ke Hospital Pitas untuk rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 petang oleh Pegawai Perubatan Hospital Pitas, katanya.

Menurut Zairolnizal, pemeriksaan fizikal mangsa oleh Pegawai Perubatan Hospital Pitas,  mendapati terdapat kesan kecederaan parah di kepala mangsa disebabkan gigitan buaya yang mana ianya selari dengan keterangan yang diberikan oleh saksi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here