Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Jangka hayat luput, jentera lebih muatan punca jalan di Sabah kerap rosak
Published on: Monday, May 23, 2022
By: FMT, Willie Jude
Text Size:

Jangka hayat luput, jentera lebih muatan punca jalan di Sabah kerap rosak
Keadaan Jalan Ranau-Telupid yang dikatakan sering mengalami kerosakan. (Gambar Facebook)
Kota Kinabalu: Jangka hayat jalan yang luput dan kehadiran jentera lebih muatan antara faktor utama jalan raya di Sabah kerap mengalami kerosakan.

Pengarah Kerja Raya Sabah, Ali Ahmad Hamid berkata, kerja penyelenggaraan ada dilakukan di jalan terbabit, namun kadangkala mereka menghadapi kekangan dari segi peruntukan.

“Kita tidak nafikan kadang-kadang kualiti pembinaan satu isu juga, tidak dipantau dengan baik, itu kita akui menyumbang kepada cepatnya jalan raya itu rosak.

“Tetapi, isu yang lebih penting saya nampak, terutama sekali di luar bandar (jalan raya) cepat rosak disebabkan aktiviti lebih muatan.

“Kadang-kadang kita nampak (muatan lori) kelapa sawit tinggi menggunung, ada juga jalan raya kita dilalui oleh (lori) balak, ini menyebabkan jalan cepat rosak,” katanya dalam video temubual Berita TV JKR Sabah.

Ali berkata, kekuatan jalan raya bergantung kepada kekuatan struktur lapisan batu, iaitu “sub base” dan “road base”.

Katanya, struktur lapisan batu terbabit tidak mempunyai tanah, namun sekiranya kenderaan lebih muatan melalui jalan raya itu, tanah di bawah lapisan akan naik ke atas dan seterusnya menyebabkan struktur jalan menjadi lemah.

“Apabila timbul isu lebih muatan, ini akan memendekkan jangka hayat jalan raya, jadi kita menyeru pihak tertentu, khususnya pihak berwajib supaya melihat isu ini, kita harus bekerja sebagai satu pasukan sama ada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), polis atau JKR.

“Begitu juga di peringkat kampung dan pengusaha sawit, harap mereka juga akan beri kerjasama. Kadang-kadang kita lihat tayar dia (lori) kecil, tapi hasil sawit tinggi menggunung,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengawasan dan Pemantauan, Mohd Shamsul Nizam Abd Wahid berkata, keadaan sama juga berlaku di jalan Batu 32 sehingga Telupid yang sering menjadi mendapat aduan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, katanya, projek membina jalan baharu giat dilaksanakan dan pengguna akan dapat menikmati jalan lebih selesa serta selamat dalam tempoh 18 bulan dari sekarang.

“Jalan-jalan ini sebenarnya menghadapi jangka hayat yang sudah luput, jadi kaedah penyelenggaraan ketika ini tidak begitu berkesan, ia perlu dibina semula.

“Peruntukan untuk penyelenggaraan agak terhad, kita tidak mahu membazir duit untuk itu, sebab dalam tempoh dua atau tiga tahun, kita akan mempunyai sebatang jalan yang selesa dan lebih selamat.

“Strategi kita ialah menyiapkan jalan baharu di sebelah dalam tempoh 18 bulan, seterusnya membina jalan di sebelah lagi, jadi dalam tempoh dua hingga tiga tahun, kita akan ada tiga laluan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here