HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Video pelajar sekolah menengah bergaduh di Sandakan viral, polis mula siasatan
Published on: Tuesday, May 24, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:


Pelajar sekolah menengah bergaduh di Sandakan pada 24 Mei 2022. (Tangkap layar: Video awam di WhatsApp)
SANDAKAN: Polis disini membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan susulan pergaduhan sekumpulan pelajar di Jalan Elopura, Bandar Sandakan, pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, berkata, siasatan awal pihak polis mendapati pergaduhan tersebut juga telah berlaku di Jalan Elopura, Bandar Sandakan.

Manakala punca pergaduhan serta usaha bagi mengenalpasti mereka yang terlibat juga sedang dijalankan oleh pihak polis.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Selasa.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh tampil ke Balai Polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Micheal Goh di talian 0168741216 atau 089-203223 bagi menyalurkan maklumat berkenaan.

Terdahulu, kejadian itu juga tular menerusi rakaman video di facebook dan juga aplikasi media sosial yang lain dimana kejadian dianggarkan berlaku kira-kira jam 2.00 petang yang menunjukkan pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah.

Orang awam yang berada di lokasi juga membantu meleraikan pergaduhan yang berlaku di jalan raya di kawasan itu. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT







Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV