Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki didakwa amang seksual terhadap anak kandung
Published on: Thursday, May 26, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Lelaki didakwa amang seksual terhadap anak kandung
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 57 tahun yang bekerja sendiri, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim atas tuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan kanak-kanak itu pada pukul 2 petang Mac tahun ini, di satu rumah di sebuah kampung di Ranau.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama kerana dia mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu sebagai bapanya.

Seksyen 14(a) Akta itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16(1) Akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan dan memerintahkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, direman lanjut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here